Kuasa Penyembuhan dari Tumbuh- Tumbuhan ~Hebatkan Ciptaan Allah S.W.T?

Saya tak pernah terfikir terlalu banyak tumbuhan di dunia yang bermanfaat untuk kita. Allah berikan kita penyakit, tapi Dia juga berikan tumbuhan yang boleh merawat dan menyembuhkan. Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhum, bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

"Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan Ubatnya" ( Sahih Bukari No. 5354 )

Dari Jabbir Bin Abdillah Radhiallahu anhum; katanya..Rasulullah S.A.W bersabda:

"Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat tersebut sesuai dengan penyakit, maka ia akan sembuh dengan izin Allah" ( Sahih Muslim no. 2204 )

Bila anda terdetik untuk mengalami sendiri nikmat penyembuhan secara alami melalui tumbuh-tumbuhan, anda perlu berlapang dada dan yakin dengan kuasa penyembuhan sepenuhnya dari Dia, Allah S.W.T yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia juga tidak zalim kerana kasih sayangNya melimpah ruah tidak mengira bangsa mahupun keturunan. Siapa jua yang meminta kesembuhan, lambat atau cepat, inshaAllah diizinkan. Cuma kita sahaja yang perlu mencari ubat yang sesuai dengan penyakit yang ingin disembuhkan. 

Selain supplement kesihatan, inilah yang kami sekeluarga mulakan untuk memelihara kesihatan keluarga. Masalah kesihatan berkait rapat dengan emosi kerana emosi yang stress dan tidak stabil akan menyebabkan keradangan saraf yang membuatkan bahagian yang sakit bertambah sakit. 

Pesakit yang  terlantar, lebih memerlukan ketenangan. Jika anda ke hospital-hospital swasta, pastinya hidung anda terhidu aroma wangi yang menenangkan. Sebenarnya aroma ini bukan saja-saja dipasang untuk mewangikan hospital, ia lebih kepada terapi emosi. Dengan bantuan aroma seperti Lavendar, Lemon, Orange, Purification dan sebagainya, pesakit akan berasa lebih tenang menjalani rawatan dan proses penyembuhan lebih cepat berbanding mereka yang berada dalam keadaan stress tidak terkawal.

Saya memahami keadaan ini kerana saya pernah terlantar di wad hampir sebulan suatu ketika dahulu. Tak banyak yang saya perlukan selain ketenangan, sokongan ahli keluarga dan doa daripada mereka. Selebihnya saya serahkan pada Allah Yang Maha Esa untuk memberikan saya kesembuhan dalam apa bentuk sekalipun. Dan saya akui, aroma bunga-bungaan ini memang memberikan saya semangat baru setiap kali hati sedih pilu mengenangkan kesihatan diri yang tak stabil masa tu. Syukur..nikmat yang mana lagi mahu saya dustakan. Jadi mengapa tidak kita ambil pendekatan mencegah lebih baik daripada mengubati? Takkan nak tunggu sakit macam saya dulu baru nak menikmati nikmat kesihatan alami? Tepuk dada tanyalah diri. InshaAllah, saya doakan anda semua yang membaca akan lebih berlapang dada untuk menikmati nikmat kesihatan melalui tumbuh-tumbuhan ni suatu hari nanti. InshaAllah. 

Gambar ihsan Google



Mama #adhm
Terapi minyak alami



Comments

Popular Posts