APA ITU TERAPI MINYAK PATI TUMBUH-TUMBUHAN?
Selalu dengar Essential Oils a.k.a. minyak terapi dari tumbuh-tumbuhan bukan? Tahu tak macam mana minyak terapi ni berfungsi dalam meningkatkan kualiti kesihatan seseorang? Macam mana nak tahu minyak terapi mana yang bagus dan berkualiti, selamat disapu terus pada kulit, mahupun dimakan secara terus? Serius? Ya! Saya serius! Semua ini hanya jika anda menggunakan Young Living Essential Oils. Nak tahu details lanjut? Jom saya kongsikan di bawah.
Fungsi dan Gred Minyak Terapi Tumbuh-tumbuhan |
Yang mana satu Gred Essential Oils anda?
Gred A: Therapeutic Grade- Selamat untuk dimakan, 100% asli dan tidak berwarna. Semestinya EO dari Young Living Oils
Gred B: Natural/ Food Grade- Minyak asli (organik) dan mempunyai sijil diiktiraf, tetapi masih boleh mengandungi bahan kimia
Gred C: Perfume Grade- Minyak yang dilanjutkan penggunaan dan telah diubah. Mempunyai bahan kimia dan pelarut
Gred D: Low Quality- Sintetik atau bersifat menyerupai EO alami- Banyak digunakan dalam penghasilan produk berkaitan kulit dan rambut.
Kebanyakan essential oils yang terdapat dipasaran bergred C dan D. Ianya tidak selamat untuk digunakan secara sapuan terus pada kulit mahupun untuk dimakan kerana mengandungi aditif dan bahan sintetik. Berbeza dengan Young Living Essential Oils, ianya bergred terapeutik, dan dijamin kualiti terbaik dengan motto "From seed to seal". Young Living memberi jaminan 100%, setiap langkah pemprosesan dari penanaman secara organik, penuaian yang mapan dan suhu rendah, menggunakan kaedah penyulingan wap tulen di awasi sepenuhnya. Malah mereka juga turut mempunyai ladang tanaman sendiri! Bestkan! Jadi segala apa yang ditanam, diproses dan dihasilkan dapat dipantau kualiti dan kesegarannya.
Apa itu Essential Oils?
Essential oil adalah sejenis minyak yang beraroma asli yang diekstrak daripada daun, bunga, tumbuh-tumbuhan, biji benih serta kulit bagi sesetengah buah. Untuk Young Living Essential Oil, minyak pati tumbuhan ini diekstrak melalui kaedah distillation dan cold pressing.
Apa yang best sangat terapi menggunakan minyak pati tumbuhan ni? Sebenarnya, essential oils ni merupakan salah satu cabang perubatan alternatif yang bersifat alami, yang diperoleh dari tumbuhan, dan mampu memberikan ketenangan jiwa serta emosi pada pengamalnya. Essential Oils by Young Living ni juga mempunyai kuasa 'Terauputik' dimana apabila dihidu oleh Nervus Olfaktorius @ saraf bauan & within seconds impuls elektrik akan terus sampai ke otak dan merangsang respons emosi seseorang.
Bagaimana Essential Oil bekerja? |
Jenis Essential Oil dari Young Living
Single Oil : Secara amnya terdiri daripada satu sumber samada bunga, daun, atau buah (secara sendiri tanpa campuran buah/daun yang lain). Contoh EO: Lavender, Peppermint, Lemon, etc
Blends Oil: Campuran beberapa jenis single oil yang telah diformulasi dan mempunyai bau serta tujuan tertentu. Antara contoh EO: Stress Away, Purification, Joy, etc
Ok. Dah tepu semuanya? Kita sambung details lanjut dalam next entry pula ya. Selamat membaca.
Sekadar berkongsi cerita..
Mama #adhm
Comments
Post a Comment