Apa pandang-pandang?

Dah lama Mama curi tengok asap kepul-kepul dari bekas comel lampu color biru tu. Dok kira-kira, bila la nak dapat sebijik? Dah la comel, wangi pula tu. Haish! Tak boleh tahan! Haaa..ni kisahnya dari tahun 2016 tau. Akhirnya penghujung September 2017 barulah apa yang mama idamkan tu dapat. Taktau nak lompat bintang ke cucuk langit. Hip! Hip! Horay! 

Nak ditakdirkan Allah, #adhm demam tak kebah hampir 2 minggu. Dah di bawa ke klinik, takde perubahan. Jadi Mama tawakal, cuba pula alternatif alami. Mandi lemon, jerlum asam jawa, letak bawang merah, minyak bawang putih, haa..u name it. Gigih Mama mencuba 1-1, tapi dah Allah kata belum lagi, maka kenalah bertabah sambil redha dan keep on trying pelbagai cara untuk sembuhkan #adhm. Dalam serabut fikiran Mama tu, Allah hadirkan kawan baik Mama memperkenalkan Young Living Essential Oils ni. Haip.. bagai orang mengantuk di sorong bantal, Mama propose pada Papa and he finally say Yes! Maka bermulalah remedi alami Mama untuk #adhm.

Dapat set PSK tu memang lama Mama hadam 1-1 isinya. Botol Essential Oils (EO) tu dah la comel-comel. Handy dan sangat sesuai bawa pi travel. First EO yang Mama cuba is Lavender. Kenapa Lavender? Sebenarnya Mama memang allergic a.k.a tak suka bau Lavender. Most of so called EO kat pasaran claim EO mereka first grade..bla..bla..bla..tapi bila diffuse, MashaAllah! Bau busuk memeningkan kepala! Surprised me! Bila Mama diffuse 3-4 titik Lavender EO dalam diffuser comel tu langsung tak berbau busuk, tapi segar sesegarnya! Rasa lapang je otak...tenang setenang-tenangnya! #adhm pulak senang sangat tidur setiap kali Mama diffuse Lavender ni. So, Mama terfikir sekejap. Selama ni rugi betul aku tak cuba Essential Oil terbaik dunia ni kan! Tapi tak pa lah, biar lambat asalkan selamat kan? 

Bermula dari hari itulah, kisah jatuh cinta Mama dengan minyak-minyak pelbagai bau dan fungsi bergred therapeutic ni. Next entry Mama cerita apa yang ada dalam set PSK tu ya!


Jumpa lagi,
Mama #ADHM


Comments

Popular Posts